Sunday, 29 September 2013

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT PINTAR TM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

ORANG KAYA HAJI

27200 KUALA LIPIS,PAHANG

 DARUL MAKMUR

 

 

 


Pada 18 Februari 2013 (Isnin), SMKOKH telah menerima kunjungan dari pihak TM untuk perbincangan berkenaan Program Sekolah Angkat Pintar TM. Program ini telah dijalankan oleh pihak TM dan sebanyak 11 sekolah telah terpilih dari seluruh Malaysia dan pihak TM telah memilih SMKOKH sebagai Sekolah Angkat Pintar TM ke 12.





Pelancaran rasmi bagi program ini dijangka akan diadakan pada bulan Mei 2013.Dan akan diiringi oleh Tn. Hj. Syed Mohamad Bin Syed Agil.





Program ini menggunakan empat modul pintar yang akan dijalankan di Sekolah Angkat Pintar TM iaitu :-


  • Motivasi dan semangat berpasukan antara pelajar, ibu bapa dan komuniti.
  • Sokongan akademik dari pihak TM termasuklah menaja seminar peperiksaan, penceramah jemputan serta kelas komputer.
  • Kepemimpinan
  • Pendidikan

Antara kelebihan yang diterima oleh pihak SMKOKH dari program ini ialah :-

  • Sokongan dana sebanyak RM200,000 selama tiga tahun bermula dari TM. RM100,000 pada tahun pertama, RM50,000 pada tahun kedua dan RM50,000 pada tahun ketiga.
  • Pelajar SMKOKH akan diberikan 20 tempat ke TM Multimedia College.
  • 20 bantuan kepada para pelajar miskin.

Program ini juga akan didokumentasikan dan diterbitkan di dalam rancangan televisyen tempatan yang dibiayai oleh pihak TM. Tahniah kepada SMKOKH kerana terpilih untuk mengikuti program ini.

 

 

                                                      mereka sedang bermesyuarat tentang

                                                       Program Sekolah Angkat Pintar TM

                                 











                                                Taniah Dan Syabas diucapkan kepada
                                                          Smk Orang Kaya Haji

PROGRAM

Aktiviti Anjuran TM


 
 
AKTIVITI ANJURAN TM  
 
     
 
 
               Pihak TM telah mengadakan Kursus  IT(SOCIAL NETWORKING)anjuran TM       bertempat di SMK Orang Kaya Haji 27200 Kuala Lipis ,Darul Makmur.Program ini berlangsung selama 3 hingga 5 Jun 2013.Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir paad pukul 4.30 petang.Program ini melibatkan 20 orang pelajar,dan diiringin oleh 2 orang guru perempuan.Pelajar-pelajar yang menyertai program ini adalah dalam berusia 14 hingga 17 tahunn
 
               Program ini dijalankan di Bilik Makmal Komputer yang berdekatan dengan Bilik Bengkel
Paip,Elektrik,dan Bengkel alatan tangan.Guru yang mengajar kami adalah  Cik Syuhada Binti Zulkiflie,dan Pn.Nazarina Binti Hamzah.Mereka semua adalah seorang yang Peramah,Baik hati,dan apa yang paling penting sekali mereka adalah seorang yang Penyabar.
                
              
                Cik Syuhada atau mudah dikenali dan dipanggil oleh  pelajar-pelajarnya adalah "Kak.Syu".
Kak Syu juga telah mengajar kami tentang membuat Blog dan Tumbler dari mula hinggalah akhir.
Kami juga berasa gembira dan berpuas hati atas pengajaran yang dibagi oleh Kak.Syu kepada kami semua  kerana kami lebih dapat mengenali apa itu Blog dan Tumbler.
                
                Blog juga dapat  berkongsi maklumat kepada semua orang yang menggunakan Blog dan boleh menghantar imej dan teks kepada kenalan kita sendiri,agar ramai orang memberi pendapat dan komen.
                               

SMK ORANG KAYA HAJI



Sejarah SMK Orang Kaya Haji



Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji telah dibina sekitar tahun 1960an. Pada masa itu hanya ada sebuah bangunan sahaja. Struktur bangunan itu masih kekal hingga kini. Terdapat bilik guru besarnya yang mempunyai pintu separuh yang berspring.


Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Lanjutan iaitu menampung pelajar-pelajar yang lulus darjah enam. Sesiapa yang lulus darjah enam ketika itu dianggap pelajar yang hebat dan pandai. Malahan ada diantara mereka yang berjaya pada awalnya hanya lulus tahap ini. Kemudian menyambung pelajaran dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

Sekitar tahun 1964, bangunan baru dibina. Ia dikenali sebagai bangunan Khir Johari kerana pada ketika itu Menteri Pelajaran ialah En. Khir Johari. Rupa bentuk bangunan yang dibina ketika itu adalah seragam di seluruh negara.Bangunan ini didirikan dengan menggunakan bahan binaan batu bata dan batu blok simen yang tidak diplaster.

Sukatan Pelajaran pada ketika itu hanya tertumpu kapada mata pelajaran kemahiran tangan seperti membuat bakul, menganyam tikar dan barang kraf yang lain. Pada tahun 1965 mata pelajaran seni perusahaan mula di perkenalkan apabila bangunan baru siap dibina.
Kuala Lipis ialah 2 kilometer melalui Jalan Lipis – Benta. Sekolah ini menerima pelajar-pelajar aliran Melayu di peringkat menengah.Ketika itu tidak ada langsung sekolah menengah Melayu di kawasan ini.Kebanyakannya pelajar di sekolah ini berasal dari kampung-kampung berjauhan dan sukar ke sekolah seperti mereka yang tinggal di perkampungan tepi sungai ( Sungai Jelai ) dan di pinggiran jalan kereta api dari Kuala Lipis ke Jerantut. Mereka ini diperingkat sekolah rendah daripada SK Kuala Lanar, SK Kuala Kenong, SK Jeram Bungor, SK Kuala Kechau, SK Kerambit, SK Limau Purut, SK Tanjung Yong,SK Jeram Landak dan SK Mela.

Kemudian sekolah ini juga menerima pelajar yang datang dari Tanjung Gahai, Merapoh, Kuala Medang dan lain-lain kawasan yang menggunakan jalan kereta api dan pengangkutan sungai.Pelajar – pelajar ini ditempatkan di asrama lelaki dan perempuan Selain itu, sekolah ini juga menerima pelajar –pelajar dari SK Wan Ibrahim, SK Penjom dan SK Relong .Apabila satu bahasa pengantar sahaja digunakan di sekolah, sebilangan pelajar dari SRK Clifford mula ditempatkan di sekolah ini pada tahun 1980an.


Pada tahun 1974, asrama sekolah telah siap dibina. Ianya mempunyai dua buah bangunan untuk menempatkan pelajar lelaki dan perempuan. Pada awal penubuhannya, asrama ini menempatkan pelajar tingkatan empat hingga enam dari Sekolah Menengah Clifford, manakala pelajar tingkatan satu hingga tiga dari sekolah ini sendiri.

Pada tahun 1980 -1988. Jabatan Pelajaran Negeri Pahang ( JPNP ) mengarahkan sekolah ini menempatkan pelajar-pelajar tahun satu hingga enam dari SK Kuala Kechau dan SK Kampung Lalang yang diarah tutup oleh Kementerian Pelajaran.Bermula tahun 1989, barulah pelajar-pelajar SMK Orang Kaya Haji ditempatkan diasrama sepenuhnya.

Pada tahun 1980an, bangunan tambahan telah dibina iaitu Blok E, F , kantin dan gelanggang.Pada tahun 1990, Blok H,I,J,dan K pula dibina bagi menampung keperluan pelajar. Pada tahun 1994, pejabat sekolah yang berada di Blok D berpindah ke Blok I sekarang.Pada tahun 2002, Blok M iaitu bangunan baru empat tingkat dibina.Menjelang tahun 2005, makmal ICT siap dan beroperasi pada tahun 2006

Saturday, 28 September 2013

BEATIFUL PLACES AT MALAYSIA(PICTURES)

MY  MALAYSIA

kesihatan mata

Cermin mata hitam dan kesihatan

Cahaya matahari yang dipancarkan mengandungi spektrum cahaya bermula dari jarak gelombang 10 nonometer (nm) hingga ke 100 mikrometer (m) iaitu dari gelombang sinaran gamma hingga ke gelombang radio.
Di antara spektrum gelombang cahaya ini terdapat spektrum cahaya yang dapat dilihat dengan mata kasar.
Bagaimana kita mengenali dan menghayati alam adalah dengan menggunakan jarak gelombang. Jarak gelombang adalah asas kepada kita mengenali dunia.
Kita menerima dan menganalisis jarak gelombang tertentu dengan dua organ utama iaitu mata dan telinga. Kita melihat cahaya melalui mata dan menangkap bunyi dengan telinga.
Dari gelombang radio hingga pancaran gamma, jarak gelombang semakin memendek, menyebabkan frekuensinya bertambah dan akan menyebabkannya menghasilkan tenaga yang semakin bertambah. Ini bermakna gelombang ini semakin berupaya menembusi sesuatu dan amat berbahaya pada mata.
Pendedahan pada cahaya matahari terlalu lama juga boleh mengakibatkan ketajaman penglihatan menurun, kehilangan kontras, silau, pening dan keletihan visual.
Spektrum cahaya yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah berjarak gelombang antara 380nm hingga 780nm iaitu antara cahaya Ultraungu (UV) dan Infra merah (IR).
Ini bermakna, mata manusia hanya mampu melihat cahaya antara jarak gelombang ini sahaja (380nm hingga 780nm).
Mata manusia tidak berupaya mengenal pasti berbagai elemen cahaya mengikut berbagai jarak gelombang yang lain.
Cahaya UV, cahaya biru dan cahaya IR boleh menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu mata.
Oleh itu, penggunaan cermin mata hitam yang sesuai adalah perlu bagi mengelakkan kesan negatif yang disebabkan oleh cahaya tersebut ke atas tisu mata.
Cermin mata hitam selalunya dipakai untuk menghalang kesan cahaya matahari yang boleh mengganggu penglihatan dan merosakkan sel-sel mata.
Dalam kes-kes tertentu ia juga dipakai untuk kelihatan menarik. Cermin mata hitam dipakai seharusnya bukan sekadar untuk penampilan tetapi yang lebih penting adalah sebagai alat yang boleh menghalang kesan resapan cahaya UV, cahaya biru dan juga IR yang akan merosakkan tisu mata.
Cahaya UV dan cahaya biru juga mempunyai kesan resapan 10 kali lebih tinggi dibandingkan dengan cahaya IR. Sebahagian besar cahaya UV dari matahari diserap oleh lapisan ozon di atmosfera, namun sebahagian daripadanya masih dapat sampai ke permukaan bumi.
Pendedahan pada cahaya UV yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada mata seperti masalah katarak.
Jadi cahaya UV berkenaan perlu dihalang daripada meresap masuk ke dalam mata.
Kegunaan cermin mata hitam
Cermin mata hitam yang sesuai perlulah memenuhi ciri-ciri berikut;
1. Mampu menghalang silau dari cahaya yang terlalu terang.
2. Boleh menyerap cahaya Ultraungu (UV) dan cahaya biru.
3. Diameter cermin agak besar untuk melindungi mata.
4. Boleh menghalang impak dari objek yang melayang ke arah mata.
5. Tiada gangguan imej permukaan (surface distortion).
Dari ciri-ciri tersebut, cermin mata hitam yang baik perlulah mempunyai cermin gelap yang menghalang silau, dibuat dari bahan yang tahan lasak dan mempunyai kualiti menyerap cahaya UV.
Malaysia adalah sebuah negara yang beriklim tropika. Keadaan panas terik dengan keterangan cahaya yang tinggi amat menyilaukan mata.
Kandungan UV yang tinggi pula akan memberi kesan kepada mata.
Pendedahan pada sinar UV untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan masalah katarak kerana sebahagian besar cahaya UV akan diserap oleh kanta mata.
Penyerapan cahaya UV lama-kelamaan mungkin membawa kepada kanta mata menjadi semakin gelap.
Sekiranya anda menggunakan cermin mata yang murah dan tidak mengikut piawaian, ia mungkin tidak berupaya menapis cahaya UV.
Ini akan menyebabkan kerosakan tisu-tisu mata seperti tisu pada bahagian kelopak mata yang boleh membawa kepada kanser pada bahagian tersebut.
Secara amnya, bila kita memakai cermin mata hitam, saiz bukaan pupil akan membesar kerana cermin tersebut mengurangkan cahaya terang daripada masuk ke dalam mata.
Sekiranya cermin tersebut tiada perlindungan UV, lebih banyak cahaya UV dari matahari akan masuk ke dalam mata melalui pembukaan anak mata yang lebih besar pada ketika itu.
Ini akan menyebabkan kerosakan kepada lebih banyak tisu mata.
Bukan sahaja bahagian kornea dan kanta mata, cahaya UV juga boleh terus ke retina yang boleh menyebabkan kerosakan tisu-tisu retina.
Kerosakan tisu retina boleh menyebabkan kebutaan.
Terdapat juga beberapa sebab lain mengapa orang menggunakan cermin mata hitam selain perlindungan UV, seperti;
1. Tujuan kosmetik (penampilan)
2. Bersukan atau riadah
3. Mengelak malu (menyorokkan muka)
Selain masalah tiada fungsi perlindungan UV, terdapat juga cermin mata hitam murah yang tidak dibuat dengan bahan yang tahan lasak.
Cermin mata hitam sebegini bukan sahaja tidak melindungi mata akibat penggunaan bahan tidak berkualiti, malahan boleh menyebabkan masalah seperti:
1. Pening.
2. Silau semakin teruk.
3. Keletihan mata.
4. Imej tidak sekata.
Oleh itu, sekiranya anda ingin membeli cermin mata hitam, berbincang dengan pakar mata untuk mendapat ciri-ciri perlindungan yang diperlukan di samping mendapatkan rupa penampilan yang lebih menawan.
- Pembaca ruangan ini ditawarkan pakej istimewa daripada Clear Optical dengan membawa keratan berlogo artikel ini ke mana-mana cawangan Clear Optical Sdn. Bhd. sehingga 30 Jun 2008.
Pelajar akan diberikan bingkai cermin mata secara percuma (selagi stok masih ada) sementara potongan diskaun diberikan untuk pakej keluarga

OBESITI

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek

Siapakah yang tergolong dalam obesiti

  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
  • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
  • Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
  • Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Makanan dan kesesuaian

Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.

Apakah berat badan sepatutnya?

Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika anda hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.

Pemakanan

Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya.
Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.

Apakah Indeks Jisim Badan?

Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Indeks Jisim Badan
StatusBMI
KurusKurang 20.6
Normal20.7 - 26.4
Gemuk26.5 - 30.9
Obesiti31.0 - 45.2
BahayaLebih 45.3
[perlu rujukan]
Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI   =   
berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.

Kandungan lemak dalam makanan

Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.

Jenis makananGram lemak setiap sajian% kalori dari lemak
Makanan tinggi lemak
Hamburger saiz biasa11.839
Hot dog14.554
Kentang goreng20-25 keping (saiz biasa yang
digoreng dengan minyak sayuran)
12.247
Keropok kentang - 1 aun10.161
Mentega/marjerin - 1 sudu teh494
Sos salad - 2 sudu makan11.185
Kek keju16.357
Makanan rendah lemak
Kacang hijau - direbus = cawan0.29
Roti - 1 keping1.116
Mil oat - 1 cawan2.415
Buah epal - 1 biji0.56
Ubi kentang - 1 biji dipanggang0.21

Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.

Risiko kesihatan

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:

Senaman yang boleh dilakukan

Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:

Kenapa perlu bersenam?

Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:
  • Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
  • Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
  • Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
  • Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
  • Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
  • Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.
Kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.

Thursday, 26 September 2013

KESAN KEGUNAAN TELEFON BIMBIT

  Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalam kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik marcapada ini, kebanyakan golongan dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga berupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja dan murid sekolah rendah turut mengikut jejak orang dewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar? Oleh hal yang demikian, implikasi baik dan buruk yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

    Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan silaturahim dan ukhuwah. Pelajar dapat berinteraksi dengan orang lain di segenap empat penjuru dunia pada bila-bila masa kerana segalanya di hujung jari. Selain itu, pelajar juga boleh menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau Khidmat Pesanan Multimedia (MMS). Sebagai contoh, seorang mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di Rusia dapat menghubungi keluarganya yang berada di Malaysia dengan menggunakan telefon bimbit. Sekiranya mahasiswa tersebut tidak mempunyai telefon bimbit, dia terpaksa menggunakan telefon awam di luar negara untuk menelefon ahli keluarganya. Intihanya, kita perlu mengapresiasikan penggunana telefon bimbit kerana afdal untuk mengukuhkan hubungan.

    Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah penggunaan telefon bimbit juga menimbulkan impak negatif. Seyogianya pelajar perlu mengurangkan penggunakan telefon bimbit kerana penggunaan telefon bimbit merupakan pembaziran. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang juga ingin mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila melihat kawan lain juga memilikinya. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa menanggung bil telefon yang mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual dengan kawan walaupun mengetahui kadar bayarannya. Sebenarnya, mereka sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah. Bak kata pepatah melayu,”ingat sebelum kena, jimat sebelum habis”. Oleh itu, pelajar harus mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapat mengelakkan pembaziran

    Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya menjejaskan pelajaran mereka. Hal ini berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpa kawalan. Mereka sering menghantar mesej kepada kawan untuk perbualan kosong. Selain itu, kita acapkali tersentak dengan masalah “pasangan” yang berlaku di bangku sekolah. Penggunanan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menimbulkan lagi masalah tersebut. Tambahan pula, sekiranya pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan perhatian untuk belajar tetapi leka dengan permainan video. Mereka juga terpaksa menanggung risiko kehilangan telefon bimbit. Konklusinya, pelajar tidak mementingkan pelajaran seandainya mereka mempunyai telefon bimbit.

    Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon bimbit juga akan menjejaskan kesihatan pelajar. Kebanyakan perkhidamatan telefon bimbit seperti perkhidmatan telefon, GPRS(General Packet Radio Service), khidmat pesanan ringkas (Short Message Service, SMS), khidmat pesanan multimedia (Multimedia Message Service, MMS), dikenakan bayaran. Hal ini menyebabkan sesetengah pelajar sanggup mengikat perut dan berlapar untuk membayar bil telefon bimbit. Mereka telah menyalahgunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa mereka. Selain itu, telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang semasa kita menjawab telefon dan akan mengganggu fungsi saraf otak sehingga menyebabkan barah atau kanser. Tuntasnya, pelajar sepatutnya tidak menggunakan telefon bimbit. Bak kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”

    Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan lebih banyak kesan buruk daripada kesan baik. Pelajar seyogianya memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bak kata pepatah, genggam bara api biarlah sampai jadi arang, justeru itu, langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak secara berterusan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk membasmi masalah yang timbul ekoran daripada penggunaan telefon bimbit serta melahirkan remaja yang berwawasan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. 

 

Post a Comment