Sejarah SMK Orang Kaya Haji
Sekolah Menengah Kebangsaan
Orang Kaya Haji telah dibina sekitar tahun 1960an. Pada masa itu hanya ada
sebuah bangunan sahaja. Struktur bangunan itu masih kekal hingga kini. Terdapat
bilik guru besarnya yang mempunyai pintu separuh yang
berspring.
Sekolah ini dahulunya dikenali
sebagai Sekolah Lanjutan iaitu menampung pelajar-pelajar yang lulus darjah enam.
Sesiapa yang lulus darjah enam ketika itu dianggap pelajar yang hebat dan
pandai. Malahan ada diantara mereka yang berjaya pada awalnya hanya lulus tahap
ini. Kemudian menyambung pelajaran dan berjaya dalam bidang yang
diceburi.
Sekitar tahun 1964, bangunan
baru dibina. Ia dikenali sebagai bangunan Khir Johari kerana pada ketika itu
Menteri Pelajaran ialah En. Khir Johari. Rupa bentuk bangunan yang dibina ketika
itu adalah seragam di seluruh negara.Bangunan ini didirikan dengan menggunakan
bahan binaan batu bata dan batu blok simen yang tidak diplaster.
Sukatan Pelajaran pada ketika
itu hanya tertumpu kapada mata pelajaran kemahiran tangan seperti membuat bakul,
menganyam tikar dan barang kraf yang lain. Pada tahun 1965 mata pelajaran seni
perusahaan mula di perkenalkan apabila bangunan baru siap
dibina.
Kuala Lipis ialah 2 kilometer
melalui Jalan Lipis – Benta. Sekolah ini menerima pelajar-pelajar aliran Melayu
di peringkat menengah.Ketika itu tidak ada langsung sekolah menengah Melayu di
kawasan ini.Kebanyakannya pelajar di sekolah ini berasal dari kampung-kampung
berjauhan dan sukar ke sekolah seperti mereka yang tinggal di perkampungan tepi
sungai ( Sungai Jelai ) dan di pinggiran jalan kereta api dari Kuala Lipis ke
Jerantut. Mereka ini diperingkat sekolah rendah daripada SK Kuala Lanar, SK
Kuala Kenong, SK Jeram Bungor, SK Kuala Kechau, SK Kerambit, SK Limau Purut, SK
Tanjung Yong,SK Jeram Landak dan SK Mela.
Kemudian sekolah ini juga
menerima pelajar yang datang dari Tanjung Gahai, Merapoh, Kuala Medang dan
lain-lain kawasan yang menggunakan jalan kereta api dan pengangkutan
sungai.Pelajar – pelajar ini ditempatkan di asrama lelaki dan perempuan Selain
itu, sekolah ini juga menerima pelajar –pelajar dari SK Wan Ibrahim, SK Penjom
dan SK Relong .Apabila satu bahasa pengantar sahaja digunakan di sekolah,
sebilangan pelajar dari SRK Clifford mula ditempatkan di sekolah ini pada tahun
1980an.
Pada tahun 1974, asrama
sekolah telah siap dibina. Ianya mempunyai dua buah bangunan untuk menempatkan
pelajar lelaki dan perempuan. Pada awal penubuhannya, asrama ini menempatkan
pelajar tingkatan empat hingga enam dari Sekolah Menengah Clifford, manakala
pelajar tingkatan satu hingga tiga dari sekolah ini sendiri.
Pada tahun 1980 -1988. Jabatan
Pelajaran Negeri Pahang ( JPNP ) mengarahkan sekolah ini menempatkan
pelajar-pelajar tahun satu hingga enam dari SK Kuala Kechau dan SK Kampung
Lalang yang diarah tutup oleh Kementerian Pelajaran.Bermula tahun 1989, barulah
pelajar-pelajar SMK Orang Kaya Haji ditempatkan diasrama
sepenuhnya.
Pada tahun 1980an, bangunan
tambahan telah dibina iaitu Blok E, F , kantin dan gelanggang.Pada tahun 1990,
Blok H,I,J,dan K pula dibina bagi menampung keperluan pelajar. Pada tahun 1994,
pejabat sekolah yang berada di Blok D berpindah ke Blok I sekarang.Pada tahun
2002, Blok M iaitu bangunan baru empat tingkat dibina.Menjelang tahun 2005,
makmal ICT siap dan beroperasi pada tahun 2006


No comments:
Post a Comment