Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji telah dibina sekitar tahun 1960an. Pada masa itu hanya ada sebuah bangunan sahaja. Struktur bangunan itu masih kekal hingga kini. Terdapat bilik guru besarnya yang mempunyai pintu separuh yang berspring.
Bangunan asal SMK Orang Kaya Haji,
sekarang telah dijadikan Pusat Kegiatan Guru
(PKG) Daerah Lipis.
Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Lanjutan iaitu menampung
pelajar-pelajar yang lulus darjah enam. Sesiapa yang lulus darjah enam ketika
itu dianggap pelajar yang hebat dan pandai. Malahan ada diantara mereka yang
berjaya pada awalnya hanya lulus tahap ini. Kemudian menyambung pelajaran dan
berjaya dalam bidang yang diceburi.
Sekitar tahun 1964, bangunan baru dibina. Ia dikenali sebagai bangunan Khir
Johari kerana pada ketika itu Menteri Pelajaran ialah En. Khir Johari. Rupa
bentuk bangunan yang dibina ketika itu adalah seragam di seluruh negara.Bangunan
ini didirikan dengan menggunakan bahan binaan batu bata dan batu blok simen yang
tidak diplaster.
Rupa bentuk Bangunan Khir Johari
Sukatan Pelajaran pada ketika itu hanya tertumpu kapada mata pelajaran
kemahiran tangan seperti membuat bakul, menganyam tikar dan barang kraf yang
lain. Pada tahun 1965 mata pelajaran seni perusahaan mula di perkenalkan apabila
bangunan baru siap dibina.
Apabila
bangunan siap dibina, ia telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1965, sekolah
ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Kuala Lipis atau
singkatannya SEMARAK. Jarak sekolah ini dengan bandar Kuala Lipis ialah 2
kilometer melalui Jalan Lipis – Benta. Sekolah ini menerima pelajar-pelajar
aliran Melayu di peringkat menengah.Ketika itu tidak ada langsung sekolah
menengah Melayu di kawasan ini.Kebanyakannya pelajar di sekolah ini berasal dari
kampung-kampung berjauhan dan sukar ke sekolah seperti mereka yang tinggal di
perkampungan tepi sungai ( Sungai Jelai ) dan di pinggiran jalan kereta api dari
Kuala Lipis ke Jerantut. Mereka ini diperingkat sekolah rendah daripada SK Kuala
Lanar, SK Kuala Kenong, SK Jeram Bungor, SK Kuala Kechau, SK Kerambit, SK Limau
Purut, SK Tanjung Yong,SK Jeram Landak dan SK Mela.
Kumpulan
Pelajar Perintis
SMK
Orang Kaya Haji pada tahun 1965.
Kemudian sekolah ini juga menerima pelajar yang datang dari Tanjung Gahai,
Merapoh, Kuala Medang dan lain-lain kawasan yang menggunakan jalan kereta api
dan pengangkutan sungai.Pelajar – pelajar ini ditempatkan di asrama lelaki dan
perempuan Selain itu, sekolah ini juga menerima pelajar –pelajar dari SK Wan
Ibrahim, SK Penjom dan SK Relong .Apabila satu bahasa pengantar sahaja digunakan
di sekolah, sebilangan pelajar dari SRK Clifford mula ditempatkan di sekolah ini
pada tahun 1980an.
Pada
tahun 1974, asrama sekolah telah siap dibina. Ianya mempunyai dua buah bangunan
untuk menempatkan pelajar lelaki dan perempuan. Pada awal penubuhannya, asrama
ini menempatkan pelajar tingkatan empat hingga enam dari Sekolah Menengah
Clifford, manakala pelajar tingkatan satu hingga tiga dari sekolah ini
sendiri.
Lokasi
asrama lelaki dan perempuan




No comments:
Post a Comment